Juwairiyah (Barrah) binti Harith Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.

Ayah Juwairiyah ialah ketua puak Bani al-Mustaliq yang telah mengumpulkan bala tenteranya untuk memerangi Nabi Muhammad dalam Perang al-Muraisi'. Bani al-Mustaliq telah tewas dan Barrah telah ditawan oleh Thabit bin Qais bin al-Syammas al-Ansariy. Thabit mahu beliau ditebus dengan 9 Uqiyah tetapi Barrah mengadu kepada nabi. Baginda sedia membayar tebusan tersebut dan seterusnya mengahwininya.